Pasangan Kekasih Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Kanak-Kanak

Bukit Mertajam – Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki.

R Saravanan Kumar, 24, dan T Gayathry, 30, membuat pengakuan berkenaan selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh S Kaviarasan,5.

Tertuduh yang berasal dari Klang, Selangor dan Kulim, Kedah itu didakwa melakukan kesalahan itu di antara 20 September hingga 29 September lalu, di tepi jalan Ladang Permatang Sera, Bukit Tengah di Bukit Mertajam kira-kira jam 8 hingga 11.25 pagi.

Musyiri menetapkan 15 Disember ini sebagai tarikh sebutan dan pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain.

Pada 29 September lalu, polis menemui mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput yang dipercayai dibunuh di dalam semak ladang sawit.

Pemeriksaan polis itu susulan pengakuan ibu mangsa yang mendakwa memukul anaknya hingga mati dalam kejadian di rumah mereka dekat Kulim, Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.