Ozil Ke Bayern?

London – Mesut Ozil mahu meninggalkan Arsenal, Januari ini dan The Gunners difahamkan sudah bersedia melakukan perbincangan, lapor BBC.

Ketika ini ada perkhabaran bahawa gergasi Jerman, Bayern Munich berminat membeli penyerang itu dengan harga sekitar STG30 juta (RM150 juta).

Ozil menyertai Arsenal dari Real Madrid dengan rekod kelab apabila dia dibeli dengan harga STG42.5 juta (RM212.5 juta).

Difahamkan, bintang skuad Piala Dunia Jerman itu kurang selesa di Emirates dan antara sebab dia tidak dapat bermain pada posisi selaku penyerang bebas di bawah pengurus Arsene Wenger.

Ozil kembali ke Jerman, minggu lalu kerana kecederaan. Namun dia tidak sangka kecederaan kecil itu kini mungkin akan memaksanya berehat tiga bulan tanpa aksi.

Lazimnya, Wenger tidak berminat membeli atau menjual pemain pada Januari tetapi dengan situasi Ozil yang mahu berpindah, dia mungkin mengambil kesempatan ini membawa masuk Sami Khedira dari Real Madrid.

hazran@clixster.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.