Media Prima TV Networks Screening Lebih Intim Dengan Rakan Niaga

Kuala Lumpur – Bermula hari ini hingga Khamis ini, Media Prima TV Networks Screenings akan berlangsung di WakaLab, New Straits Times, Jalan Riong, di sini.

Sesi membentangkan program menarik untuk disajikan kepada penonton saluran Media Prima tahun depan itu buat pertama kali diadakan di situ.

Kebiasaannya ia akan diadakan di hotel atau pusat konvesyen yang dihadiri rakan niaga, pengiklan dan teman media.

Selama empat hari diadakan di WakaLab, pembentangan program menarik ini dibahagikan kepada lapan sesi. Sehari akan ada dua sesi.

Seperti saban tahun, tema turut dipilih setiap kali berlangsungnya acara berkenaan. Tahun ini Mad Scientist dipilih sebagai tema.

Idea tema itu dipilih Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Nini Yusof dan Sunil Kumar akan bertindak sebagai tulang belakang kepada acara ini. Nini ialah Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran Kreatif dan Komunikasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

“Kali ini acara pembentangan program menarik ini akan menyatukan semua jabatan dalam Media Prima. Ia dibuat selama empat hari juga selain bertukar lokasi ke WakaLab juga atas paksi mahu mewujudkan hubungan yang lebih intim dengan rakan niaga,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.