Mat Razi Angkat Sumpah Sebagai ADUN

Kota Bahru – Calon Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Upcara mengangkat sumpah tersebut diadakan di hadapan Speaker DUN, Datuk Abdullah Yakub sebelum persidangan DUN di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 September lalu, Mat Razi menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,635 undi.

Pilihan raya tersebut diadakan selepas penyandang kerusi itu, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia 20 Ogos lalu akibat kanser hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.