Lapan Di India Maut Akibat Angin kuat

Hyderabad – Angin kuat yang membadai timur India hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang maut.

Anggota penyelamat menggunakan helikopter, pesawat dan kapal untuk melakukan operasi menyelamat sebaik saja matahari terbit pada waktu siang hari, bagi membolehkan pasukan berkenaan melihat kemusnahan yang berlaku dengan lebih jelas.

Dalam satu lagi kejadian, taufan Vongfong yang melanda Asia semalam berubah kepada ribut tropikal ketika ia melanda pulau Kyushu di Jepun selepas membadai Okinawa.

Sekurang-kurangnya 37 orang cedera, dan pihak berkuasa menasihatkan 150,000 mangsa supaya berpindah ke tempat lebih selamat.

Perkhidmatan kereta api dan penerbangan mengalami gangguan di Kyushu dan pulau berjiran dengannya, Shikoku.

Agensi Meteorologi Jepun berkata ribut itu boleh sampai sehingga ke Tokyo menjelang esok. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.