Godam ATM : Kemajuan Teknologi Disalahgunakan

Kuala Lumpur – Kemajuan teknologi pada masa kini yang dicapai pada abad ke-21 banyak disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mana tidaknya, jika kita seringkali mendengar akaun laman sosial digodam namun lain pula ceritanya perilaku ‘godam’ itu sendiri beralih-arah ke Mesin Teler Automatik (ATM), di mana perkhidmatan yang kita guna hampir setiap hari.

Jika sebelum ini bank dirompak secara terang-terangan dan menggunakan kekerasan, namun lain pula risiko terbaharu yang terpaksa ditanggung oleh institusi perbankan apabila ATM pula digodam.

Insiden penggodaman ATM yang melibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit dilaporkan telah berlaku di negara ini sejak September lalu.

Kepakaran dan kepintaran masyarakat era globalisasi dengan bantuan teknologi yang sentiasa maju mengikut peredaran zaman pasti adanya yang mengambil kesempatan dan mengambil jalan singkat untuk hidup senang tanpa mereka berusaha.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md. Din ketika dihubungi Malaysian Digest berkata semua kejadian penggodaman ATM yang dilaporkan setakat ini adalah dari sindiket yang sama.

Tambah beliau, sejenis virus yang dikenali sebagai ‘backdoor.padpin’ (ULSSM) digunakan oleh penjenayah tersebut dan mampu menggodam ATM dalam sekelip mata.

‘’Di bawah panel ATM, kami percaya penjenayah tersebut memasukkan satu cakera optik virus dan mengakibatkan sistem program ATM tergendala di mana mampu memutuskan sistem rangkaian internet yang menghalang sistem keselamatan yang telah dipasang oleh pihak bank’’ katanya.

Malaysian Digest turut diberitahu oleh Kamarudin, penjenayah tersebut membuat transaksi pengeluaran wang secara berulang-kali, ini kerana hanya 40 keping wang kertas dibenarkan keluar dalam setiap satu-satu masa.

‘’Pihak kami turut percaya jenayah siber ini dilakukan lebih daripada 10 orang suspek warga asing,’’ tegas beliau.

Operasi Albatross Banteras Jenayah Siber

Sejurus dari pelbagai laporan yang diterima oleh pihak polis mengenai penggodaman ATM  yang berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Bahru, pihak polis tampil memberi kenyatan apabila sebanyak 17 buah mesin ATM setakat ini dilaporkan telah digodam.

Menurut laporan Bernama pada 30 Spetember lalu, berikut adalah senarai ATM yang digodam daripada sindiket Amerika Latin baru-baru ini.

Affin Bank, Bank Islam dan Bank Al-Rajhi antara institusi perbankan perkhidmatan ATM yang dilaporkan digodam setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.