Datuk Dihadapkan Ke Mahkamah, Disyaki Terlibat Kegiatan Simpan Barang Kawalan

Johor Bahru – Dua pengarah sebuah syarikat pemborong bahan petroleum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyimpan barang kawalan petrol dan diesel sebanyak 309,525 liter di atas bot di perairan Kuala Sungai Kong Kong, Pasir Gudang, 6 Jun lalu.

Pengarah Syarikat Great Future Petroleum Sdn Bhd, Datuk Lokman Mustafa, 56, dan M Kaniappan, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.