Akta Hasutan: Hishamuddin Rais Diarah Bela Diri

Shah Alam – Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan aktivis Hishamuddin Md Rais untuk membela diri di atas tuduhan kerana mengeluarkan ucapan berunsur hasutan pada satu perhimpunan di Kuala Lumpur tahun lepas.

Hakim Mahkamah sesyen Azman Mustapha berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapatnya kes terhadap tertuduh.

Hishamuddin yang diwakili peguamnya Syahredzan Johan berkata, beliau akan memberikan bukti daripada kandang tertuduh, satu pilihan yang diberikan kepada tertuduh.

Azman menangguhkan perbicaraan itu pada 13 November.

Enam ahli politik Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis, termasuk Hishamuddin didakwa kerana menghasut pada 29 Mei tahun lepas.

Selain itu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, pemimpin PAS Tamrin Ghafar, aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang dan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim.

Mereka didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan semasa forum 13 Mei di Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Jalan Maharaja Lela di sini jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei.

Ceramah mereka didakwa menggesa orang ramai mengambil langkah membuat protes jalanan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan berikutan keputusan tidak adil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Chua yang juga ahli Parlimen Batu dan Haris Ibrahim masih berjuang membatalkan pertuduhan yang dikenakan dengan berpegang kepada alasan ia melanggar hak Perlembagaan mereka bagi kebebasan bersuara.

Tamrin, 64, diperintah membela diri pada minggu lepas dan kesnya akan disambung semula pada 26 November.

Safwan dijatuhi hukuman 10 bulan penjara pada 5 September manakala Adam mendapat hukuman penjara satu tahun, dua minggu kemudian.

Kedua-duanya memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

One thought on “Akta Hasutan: Hishamuddin Rais Diarah Bela Diri

  • October 14, 2014 at 3:28 pm
    Permalink

    Hishamuddin Rais, Tamrim Ghafar dan kawan kawannya yang lain disabitkan akta hasutan kerana menyeru rakyat mengadakan protes jalanan.Bijak pandai macam ni pun bodoh dari segi politik. Cuba beri idea yang bernas kepada rakyat kebaikan PR dan keburukan kerajaan sekarang dan ajak rakyat ubah pentadbiran kerajaan kepada kerajaan baru. Ini baru dikatakan politik demokrasi barat yang dilaung laungkan PR. Sijil buang saja dalam longkang lebeh baik………………………..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.