AC Milan Nafi Essien Dijangkiti Ebola

Milan – AC Milan menafikan pemain tengah mereka dari Ghana, Michael Essien dijangkiti wabak Ebola ketika dia bersama skuad kebangsaan.

Laporan di Ghana, minggu lalu mendakwa Essien diberikan rawatan selepas dia dijangkiti virus berbahaya itu.

Apa pun, kenyataan dikeluarkan kelab Serie A yang diwakili pemain berkenaan menyebut: “AC Milan menafikan laporan seperti didakwa itu mengenai pemain kelab.

“Laporan seperti ini tidak berasas dan tidak disahkan oleh kakitangan dari kelab ini.”

Dua akhbar – The Daily Times Nigeria dan Newswire NGR – menyebut seorang pegawai AC Milan dalam laporan yang mendakwa Essien dijangkiti wabak Ebola.

Sementara itu, Essien turut menafikan perkembangan mengejut itu dan berkata menerusi twitter: “Tiada kebenaran saya dijangkiti Ebola seperti laporan yang tersiar dalam internet.

“Saya ok….saya akan memulakan latihan seperti biasa esok.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.