Malaysia Miliki Potensi Jadi Destinasi Pela‎buran Digital Utama Di ASEAN -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, hari ini, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, perkembangan Pelaburan Digital Langsung Domestik, setakat 24 Ogos 2022 pula telah merekodkan sebanyak RM4.76 bilion.

Menerusi usaha ini, beliau berkata sebanyak 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang ini akan terus meningkat pada masa akan datang.

“Semua pencapaian positif ini telah meletakkan Malaysia di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia,” katanya ketika merasmikan Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022
(WCIT 2022) pada pagi ini di Pulau Pinang.

Penganjuran WCIT 2022 yang mengangkat bertemakan ‘Menghubung dan Mentransformasi Dunia’ dilihat mampu untuk melonjakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara digital yang berdaya saing dan pada masa yang sama, ia berupaya memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam ekosistem
teknologi dan inovasi, kata Perdana Menteri.

“Besarlah harapan saya, kolaborasi rentas kementerian dengan agensi yang terjalin erat pada hari ini dapat dilipat – gandakan lagi, dalam usaha merangsang ekosistem teknologi dan inovasi, demi kemakmuran negara dan kesejahteraan Keluarga Malaysia yang saya kasihi.

“Kejayaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah WCIT tahun ini patut kita banggakan. Ia jelas menunjukkan bahawa Malaysia bersedia untuk menerima kembali rakan-rakan kita dari seluruh dunia.

“Kerajaan berharap agar WCIT 2022 dapat melakar sejarah baharu dalam menarik lebih banyak pelaburan digital asing, sebagai usaha memacu sektor teknologi dan inovasi.

“Saya juga berharap agar platform ini digunakan sebaikbaiknya dalam membincang, mengilham serta mencetuskan idea baharu dalam perkembangan teknologi dan inovasi negara ke persada antarabangsa,” kata Ismail Sabri lagi.

Jelas beliau, Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai hab pelaburan digital di ASEAN. Sejak inisiatif MSC Malaysia diperkenalkan pada tahun 1996, kerajaan telah berjaya menarik pelaburan digital bernilai RM384 bilion.

Katanya, ia sekali gus telah melahirkan lebih 180,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, dengan menjana pendapatan berjumlah RM588 bilion.

“Selepas 26 tahun, MSC Malaysia diberi nafas baru melalui penjenamaan semula sebagai Malaysia Digital (MD). MD berperanan mentransformasi ekosistem ekonomi digital negara dan memacu lebih banyak program berimpak tinggi secara langsung kepada Keluarga Malaysia.

“Meskipun inisiatif MD telah dilancarkan pada Julai lalu, ia telah berjaya meraih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion, hanya dalam tempoh 2 bulan.

“Nilai ini dijana melalui pelaburan 28 buah syarikat asing yang terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data, Penyedia Perkhidmatan IT, Teknologi Kandungan Kreatif, dan Global Business Services (GBS).

“Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara, kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital,” kata beliau.

Perdana Menteri menambah, kerajaan telah merangka ekosistem pendigitalan untuk mencetuskan inovasi-inovasi yang baharu melalui inisiatif
MyDigital, yang mencakupi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital, dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara 4-IR (Four-iR).

“Dasar-dasar ini akan melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan. Ia akan membentuk negara mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital; menyediakan peraturan sesuai keperluan masa dan fleksibel dengan perubahan teknologi serta mempercepat inovasi.

“Inisiatif MyDIGITAL juga menyokong dasar pembangunan negara khususnya Rancangan Malaysia Ke-12, bagi mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan, selain sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat