Tidak ada masalah suami isteri dan anak di Parlimen, kata Wan Azizah

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpendirian tiada masalah apabila bukan sahaja dirinya dan anaknya Nurul Izzah, bahkan suaminya juga bakal menganggotai Parlimen.

Ahli Parlimen Pandan itu sebaiknya berkata keanggotaan mereka merupakan menerusi sistem demokrasi dan pilihan rakyat.

“Ada masalah kah? Sebab saya ingat kami dipilih oleh rakyat,” katanya ketika ditanya tentang nepotisme dalam Parlimen.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat ke OrphanCARE di Petaling Jaya.

Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dan Anwar pula bakal bertanding bagi kerusi Port Dickson untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kerusi itu dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Wan Azizah kemudian menyifatkan keputusan untuk Anwar bertanding dalam masa yang terdekat merupakan waktu yang tepat selepas Presiden PKR itu dipenjarakan selama lebih kurang 10 tahun.

“Beliau telah dipenjarakan selama 10, 11 tahun sekarang, apa maksud anda?

“Dan anda mahu memperkatakan tentang tidak sabar-sabar? Sekarang adalah masa yang baik dan beliau masih mahu berkhidmat,” tambahnya. -SuaraTv

One thought on “Tidak ada masalah suami isteri dan anak di Parlimen, kata Wan Azizah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.