Siti Kassim ajak pengundi boikot Anwar di PD, berikan PKR dan keluarganya pengajaran!

SHAH ALAM – Nampaknya pelbagai pihak bersuara selepas pengumuman pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson dibuat sejak semalam.

Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim mengajak pengundi di kawasan itu untuk memberi pengajaran kepada PKR dan keluarha Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sewenangnya mahu mengadakan PRK demi kepentngan sendiri.

“Jangan undi Anwar. Berikan PKR dan keluarganya pengajaran. Mereka lakukan ini untuk kali ketiga! Tidak boleh lagi!,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Tambah Siti, PRK tidak penting jika dibandingkan langkah penjimatan yang sepatutnya dilakukan oleh negara buat masa ini.

“Mereka ingat mereka boleh buat apa mereka mahu? Lihatlah perbelanjaan negara kita. Jangan!,” katanya lagi. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.