Tok Mat harapan rakyat lawan Anwar di PD

SHAH ALAM – Sejak pengumuman kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan pada Rabu, rakyat Malaysia menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyuarakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan itu.

Namun suatu kelainan di Twitter yang menjadi trending sejak semalam adalah harapan rakyat agar Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dicalonkan melawan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu trending dengan #TokMat4PD.

Ada yang menganggap Mohamad Hasan atau Tok Mat merupakan lawan Anwar yang selayaknya.

Menarik untuk disaksikan bersama,” kata hairulnazrihashim.

“Baru lah bertemu buku dengan ruas. #tokmat4PD,” kata Nik Rafiq Asraf.

Ada juga pengguna Twitter yang mahu Tok Mat lawan Anwar tanpa mengira potensi untuk kalah atau sebaliknya.

“Malas nak mengaku tapi aku pun berharap Mat Hassan/ Tok Mat, cuba lawan Parlimen PD come on ! 🔥🤞 #TokMat4PD.

“Menang kalah sama je Tok @tokmatn9 janji try je duluu haha Goodluck ! #TokMat4PD,” kata syaifuddin97.

Mohamad Hasan merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan kini Ahli Dewab Undangan Negeri (ADUN) Rantau.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.