Perak dan Perlis Mara Suku Akhir Bola Sepak SUKMA Ke-19

SERI MANJUNG – Jaringan Muhammad Adib Abdul Raob 10 minit sebelum tamat permainan mencukupi buat tuan rumah, Perak meraih kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan sekaligus layak ke suku akhir bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19.

Dalam perlawanan mendebarkan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu, malam tadi segala-galanya bagaikan berakhir buat juara bertahan itu selepas mengalami kebuntuan selama 79 minit sebelum Adib melakukan tindakan pemusnah.

Dengan kemenangan itu, Perak muncul juara Kumpulan A selepas mengutip lima mata hasil satu kemenangan dan dua seri.

Pasukan yang mendapat jolokan Chor sempena maskot temasya dwi-tahunan itu akan bertemu Wilayah Persekutuan, Sabtu ini.

Turut mengiringi Perak ialah Perlis yang melakukan kejutan ke atas Sarawak dengan kemenangan 3-2 di Stadium TLDM, Lumut, malam tadi.

Susulan kejayaan itu, Perlis memintas Negeri Sembilan berdasarkan kelebihan jaringan walaupun masing-masing mengutip empat mata. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.