PAS Sedia Bantu Kempen BN Di PRK Port Dickson

KOTA BHARU – Pas akan membantu BN untuk menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di PRK Port Dickson jika parti itu meletakkan calonnya nanti.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia dilakukan atas semangat kerjasama sesama pembangkang.

“Atas semangat blok pembangkang kita akan bantu BN dan Umno. Kita akan kerjasama,” katanya kepada media sebentar tadi.

Terdahulu beliau menyampaikan amanat khas sempena Hijratul Rasul kepada hampir 1,000 penjawat awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kub.

Berhubung soal calon Pas pula, Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkara tersebut masih belum dibincangkan lagi.

“Kita tunggu pandangan pimpinan tertinggi dan lepas ini pun kita akan ada mukmatar. InsyaALLAH akan bincang,” katanya.

PRK Port Dickson akan diadakan setelah penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta semalam.

Dalam PRU14, Danyal Balagopal berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi.

Beliau memperoleh 36,225 undi berbanding 18,515 undi oleh calon BN dan 6,594 undi (Pas). – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.