PAS Beri Laluan Kepada Umno Di PRK PD

SHAH ALAM – PAS mengesahkan tidak akan menurunkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, sekaligus memberi laluan kepada Umno untuk menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“PAS tidak bertanding dan beri laluan kepada Umno,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dipetik Berita Harian.

Keputusan PAS itu dilihat mengukuhkan lagi kerjasama parti Islam itu dengan Umno yang terjalin sejak PRK Sungai Kandis.

Untuk rekod, pada PRK Sungai Kandis bulan lalu, PAS memberi laluan kepada Umno untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Begitu juga di PRK Balakong, PAS tidak menurunkan calonnya di mana BN mempertaruhkan calon MCA menentang PH.

Pada PRK Seri Setia, Umno pula memberi laluan kepada PAS untuk berdepan dengan PH.

PRK PD bakal diadakan susulan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusinya semalam, bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dan menyempurnakan proses untuk dilantik semula menganggotai Ahli Dewan Rakyat, sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.