Nilai Ringgit Turun Namun Berada Pada Prestasi Terbaik, Kata Lim Guan Eng

PUTRAJAYA – Nilai ringgit berada pada paras terbaik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini kerana hanya mengalami penurunan sebanyak 2.2 peratus sejak akhir 2017.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata prestasi nilai ringgit jauh lebih baik berbanding mata wang asing lain seperti dolar Australia; rupiah Indonesia; yuan China; won Korea Selatan dan dolar Singapura yang masing-masing merosot sebanyak 9.9 peratus; 9.8 peratus; 5.6 peratus; 5.7 peratus dan tiga peratus bagi tempoh sama berbanding dolar AS.

Beliau berkata, kekuatan relatif ringgit berbanding kebanyakan mata wang utama dunia jelas menunjukkan ramai pelabur tempatan dan antarabangsa yakin terhadap Malaysia walaupun berlaku perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Kerajaan yakin kedudukan nilai mata wang ringgit hanya akan bertambah baik dalam jangka masa sederhana selepas masalah hutang dan skandal Barisan Nasional (BN) seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dapat diselesaikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, prestasi yang ditunjukkan nilai ringgit itu sekali gus menafikan kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa nilai ringgit tidak meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Guan Eng berkata, dakwaan itu langsung tidak berasas kerana nilai ringgit tidak hanya ditentukan semata-mata oleh harga minyak mentah dunia.

“Beliau (Najib) sengaja mengambil kira faktor penting seperti kadar peningkatan kadar faedah dolar AS, kemelut kewangan negara membangun dan ketidaktentuan hala tuju ekonomi dunia akibat ‘perang perdagangan’ antara AS dengan China.

“Walau bagaimanapun, beliau (Najib) gagal mengambil kira fakta bahawa mata wang negara menunjukkan prestasi amat baik di antara mata wang utama yang lain,” katanya. – BH

One thought on “Nilai Ringgit Turun Namun Berada Pada Prestasi Terbaik, Kata Lim Guan Eng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.