Video: Lelaki Dakwa Syarikat Insurans Kaki Penipu

SHAH ALAM – Kebanyakan masyarakat kini mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membeli polisi insurans peribadi sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. 

Iya lah, jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, maka tidaklah pening kepala untuk berfikir mengenai sumber kewangan bagi menampung kos rawatan ataupun perbelanjaan yang lain.

Tapi, malang bagi seorang lelaki ini apabila tidak mendapat ‘pembelaan’ sewajarnya daripada syarikat insurans yang dilanggannya. 

Menerusi satu video, seorang lelaki mendakwa dia ‘dikencing’ oleh sebuah syarikat insurans apabila memberikan bermacam-macam alasan ketika mahu membuat tuntutan polisi yang dibeli beliau.

Lelaki itu berkata, dia berdepan masalah untuk membuat tuntutan polisi sebanyak dua kali, iaitu ketika dimasukkan ke hospital akibat batu karang beberapa tahun lalu, dan ketika menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

Lelaki tersebut tidak berpuas hati kerana tidak dapat membuat tuntutan insurans walaupun potongan sebanyak RM400 dilakukan secara terus daripada akaun banknya. 

“Saya masuk polisi insurans pada bulan April 2014. Kadar potongan RM400 sebulan terus daripada akaun saya. Tak pernah ‘miss’ bayar. 

“Sebelum masuk (insurans), saya sudah beritahu agen insurans itu yang saya ada batu karang. Sepatutnya mereka arahkan saya buat pemeriksaan perubatan (medical check-up) selepas masuk, tapi mereka terus (luluskan) saya ambil insurans itu. 

“Kos rawatan batu karang saya RM26 ribu. Namun tuntutan insurans sebanyak RM26 ribu ketika dirawat di Pantai Hospital, Sungai Petani ditolak atas alasan kes saya masih dalam siasatan,” katanya meluahkan rasa geram.

Lelaki itu berkata dia terpaksa menggunakan simpanan sendiri bagi membiayai kos rawatan batu karang berkenaan. 

Malang bertimpa apabila baru-baru ini dia dimasukkan sekali lagi ke hospital akibat masalah jantung, dan tuntutan insurans tidak diluluskan.

“Saya dimaklumkan oleh syarikat insurans celaka itu, ‘claim’ saya tak diluluskan kerana katanya ekoran kes batu karang sebelum ini belum selesai, masih dalam siasatan. 

“Jadi untuk apa saya bayar setiap bulan sebanyak RM400? Korang potong untuk apa? Untuk celaka apa korang sapu? Daripada 2014 buat potongan. Untuk apa? Tolong jawab!

“Kalau masih dalam siasatan, kenapa tak hentikan dahulu potongan tersebut?,” soalnya geram.

Lelaki itu juga berkata akan mengambil tindakan undang-undang dan memanjangkan kes berkenaan kepada persatuan pengguna.

“Tolong share, tolong viral biar lingkup syarikat insuran ini. B** Prudential Takaful is fucking insurance!,” luahnya geram. -SuaraTv

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.