Isunya, Adakah Tentera Akan Undi Anwar?

SHAH ALAM – Meskipun mempertaruhkan calon Perdana Menteri Ke-8 di Port Dickson, Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan dengan cabaran getir dalam usaha untuk mengembalikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen. 

“Kawasan itu ramai anggota tentera. Isunya, adakah mereka akan mengundi PH setelah biasa mengundi BN?,” soal Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang dipetik Sinar Harian.

Beliau juga mengakui, Port Dickson yang terkenal dengan jolokan Bandar Tentera Diraja juga tidak sinonim dengan Presiden PKR itu. 

“Kawasan PD bukan sinonim dengan Anwar,” katanya lagi.

Semalam, Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menyatakan pendirian untuk tidak memberi undi kepada Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson kelak.

Presiden PATRIOT, Mohamed Arshad Raji berkata tindakan protes itu diambil ekoran mereka kecewa dengan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, penyandang kerusi Port Dickson yang mengosongkan kerusinya demi memberi laluan kepada Anwar. 

Ujarnya lagi tindakan Danyal, seorang bekas pegawai tentera laut, telah membuktikan bahawa PKR tidak menyambut baik peranan veteran tentera sebagai seorang anggota parlimen.

Dalam pada itu, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga menambah, PH juga tidak boleh memandang enteng dengan calon pembangkang yang akan menentang Anwar kelak.

Justeru kata beliau, PH perlu menggerakkan jentera untuk meyakinkan rakyat.

“Kita perlu meyakinkan mereka bahawa Harapan meletakkan calon perdana menteri di kawasan mereka,” katanya lagi. -SuaraTv

One thought on “Isunya, Adakah Tentera Akan Undi Anwar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.