Isteri Setiausaha Politik menteri tularkan kecurangan suami

SHAH ALAM – Selepas isu bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jaman merakam bawah skirt seorang wanita baru-baru ini tular menerusi video, kini timbul pula isu lain.

Kali ini isteri sorang Setiausaha Politik seorang menteri menularkan gambar curang suaminya di media sosial.

Wanita itu dipercayai memberi amaran kepada wanita-wanita yang didakwa mengadakan hubungan sulit dengan suaminya.

Lebih mengejutkan, posting itu turut disertakan dengan gambar bogel wanita berkenaan bersama suaminya.

“Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua wanita yang ingin mendampingi suami saya. Suami saya tidak berani, tidak mungkin dan tidak akan bercerai dengan saya untuk bersama kamu,” tulisnya.

Lelaki berkenaan merupakan Setiausaha Politik terhadap seorang menteri berbangsa India daripada DAP.

Tambah wanita itu, dia sengaja menularkan gambar tersebut agar wanita-wanita tidak menggoda suaminya.

“Untuk pengetahuan semua, sepanjang masa kami berkahwin, ramai wanita yang cuba ‘merobohkan’ rumahtangga kami. Saya sudah biasa dengan keadaan sebegini. Wanita sekalian, jangan harap suami saya akan bercerai untuk kamu. Tolong sebarkan mesej ini,” katanya lagi.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.