Biar Anwar menang di PD lihat dramanya dengan Tun M, kata UMNO Titiwangsa

SHAH ALAM – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibiarkan menang di Port Dickson demi melihat drama yang akan berlaku diantaranya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin, Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon di kerusi Parlimen itu pada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan datang.

” UMNO/BN perlu membiarkan Anwar menang percuma di Port Dickson dan seterusnya menjadi laluan ke Kabinet untuk menyaksikan drama episod seterusnya antara beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Anwar pernah berkata beliau sanggup menyokong pembangkang sebagai “check and balance” sekiranya berlaku kelemahan terhadap pentadbiran Tun Mahathir. Maka ,sewajarnya UMNO/ BN memberikan peluang kepada Anwar,” katanya menerusi kenyataan media.

Nazir selain itu menyifatkan PRK ada kali ini hanya akan membuang masa pengundi kerana ia tidak diadakan di atas sebab yang munasabah, selain memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata.

“Seperti yang diramalkan, seorang Ahli Parlimen dikorbankan oleh PKR untuk memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding demi memenuhi nafsu politik menjadi seorang Perdana Menteri.

“Melihat kepada senario semasa, saya berasakan UMNO/BN tidak perlu meletakkan calon bertanding di Port Dickson. kata orang Nismilan, ‘buat menghabiskan boreh yo’. Buang masa!

“Ini kerana PRK Port Dickson bukan disebabkan wakil rakyat meninggal dunia tetapi saja-saja letak jawatan seolah-olah mempermainkan undi rakyat. Ketika Kerajaan PH mendakwa Kerajaan BN sebelum ini banyak berhutang, mereka pula membazirkan wang rakyat untuk seorang individu mencapai menggapai kuasa.
,” ujarnya.

PKR hari ini mengumumkan kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan bagi membolehkan PRK diadakan untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh penyandang kerusi berkenaan, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Danyal berkata, beliau bersetuju memberi laluan kepada Anwar agar Presiden PKR itu dapat meneruskan perjuangan dalam Pakatan Harapan.

Ini merupakan kali ketiga Anwar diberi laluan selepas tahun 2008 dan 2014 apabila PRK Permatang Pauh dan Kajang diadakan demi Anwar.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.