Video : Rakaman Dron Taufan Irma Badai Florida

Rakaman dron ke atas kemusnahan dan kehancuran dari taufan Irma yang membadai Florida dapat dilihat dengan jelas.

Menurut laporan CNN, ramai penduduk dari Selatan Carolina ke Florida tinggal di rumah yang gelap, mengharungi jalan raya yang dihalang dengan pokok-pokok yang jatuh dan mengalami kesengsaraan akibat taufan yang melanda.

Pemadaman kuasa di Florida telah menjejaskan hampir 5 juta rumah, organisasi dan perniagaan, di antara mereka stesen minyak yang memerlukan elektrik.

Dua hari selepas Irma membadai di Cudjoe Key, pihak berkuasa dan beberapa penduduk akhirnya dapat sampai ke beberapa Florida Keys pada hari Selasa.

Apa yang mereka dapati adalah amat dahsyat iaitu, berdasarkan anggaran awal, 25 peratus rumah di rantaian pulau telah musnah sepertu memetik laporan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan pada Selasa.

Malah, 65 peratus mengalami kerosakan besar.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.