Lelaki Diculik,Dirompak,Digari Dan Ditinggalkan Di Balkoni

LELAKI warga asing diculik, keretanya dilarikan sebelum digari dan ditinggalkan di balkoni rumah kedai Taman TTDI Jaya, Bukit Jelutong hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam jam 7.01 pagi tadi dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki warga asing terperangkap di tingkat 1 koridor bangunan rumah kedai.

“Mangsa dikatakan diculik, keretanya disamun sebelum digari dan ditinggalkan di balkoni berkenaan.

“Mangsa yang juga warga Bangladesh diturunkan dengan menggunakan tangga,” katanya.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.