Kumpulan Muzik Metal, Decapitated Ditahan Atas Dakwaan Menculik Seorang Wanita

Anggota kumpulan muzik metal, Decapitated telah ditangkap di Los Angeles setelah didakwa menculik seorang perempuan setelah selesai konsert mereka di Washington, Amerika Serikat.

Anggota kumpulan tersebut iaitu Michal Lysejko, 27, Waclaw J. Kieltyka, 35, Rafal Piotrowski, 31, dan Hubert Wiecek, 30, dilaporkan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Kumpulan band dari Poland ini ditahan di California dan didakwa melakukan penculikan. Menurut polis, kes itu berlaku pada 1 September lalu selepas kumpulan itu mengadakan persembahan di bandar berkenaan.

Polis Spokane menerima telefon daripada seorang saksi yang melaporkan mengenai insiden selepas sebuah konsert di pusat bandar Spokane,” kata jurucakap polis.

Berdasarkan maklumat yang diterima dan dengan bantuan polis di Los Angeles, keempat-empat lelaki tersebut ditahan atas tuduhan melakukan penculikan Tingkat 1 di Santa Ana.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

“Kami mempunyai saksi yang boleh memberikan maklumat yang berkaitan dengan fakta bahawa pengadu datang untuk melawat kumpulan itu sendiri dan kemudian pulang dengan baik,” kata peguam mereka, Steve Graham.

Decapitated dijadualkan mengadakan 13 lagi pertunjukan di seluruh Amerika sebelum kembali ke Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.