Kepala Pemandu Digilis

PUCHONG ― Nahas antara kereta dengan lori mengorbankan pemandunya dan membuatkan lalulintas di lebuh raya sesak sehingga 10 kilometer.

Memetik MMO, dua kenderaan itu berlanggar di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini pagi tadi, lapor Sinar.

Metro pula melaporkan penumpang kereta parah dalam kejadian 6 pagi tadi. Sinar Harian menyebut kejadian itu kira-kira 6.40 pagi. 

Kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Petaling Jaya ke Putrajaya dikatakan terbabas sebelum merempuh lori tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang menerima panggilan pada jam 6.44 pagi sempat memadam kebakaran kecil di bahagian enjin kereta.

“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit Lim Ji Qin [28 tahun] disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya Tan Zi Xuan, 27, parah,” kata penolong pengarah operasinya Mohd Sani Harul. 

Pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan, tambahnya. 

Gambar-gambar di media sosial menunjukkan Lim cedera parah di kepala, sementara kereta putihnya tertanggal bumbungnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.