Kenapa Pembangkang Begitu Tertekan Dengan Pertemuan Najib dan Trump?

Rafizi Ramli kini menuduh lawatan PM Najib ke White House atas jemputan Presiden Trump bukanlah lawatan rasmi.

Walau bagaimanapun, ini adalah kenyataan rasmi dari White House bertarikh 23 Ogos yang mengesahkan lawatan itu.

https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/08/23/statement-press-secretary-visit-prime-minister-najib-abdul-razak

Jika ianya bukan lawatan rasmi, mengapa perlu White House mengeluarkan kenyataan rasmi, YB Rafizi?

Lim Kit Siang menuntut agar kabinet membatalkan lawatan Najib ke White House sementara anaknya berkata bahawa Presiden Trump adalah dungu dan berkata beliau tidak mahu bertemu Trump kerana ia akan menjadikan Guan Eng seperti orang bodoh.

Dan kini Rafizi membuat tuduhan yang tidak masuk akal seperti ini.

Kenapa Pakatan begitu terasa dan terdesak kerana lawatan PM Najib ke White House untuk bertemu Trump ini?

Anda tidak boleh marah pada YB Rafizi kerana membuat tuduhan tidak masuk akal ini kerana beliau telah mengatakan bahawa tugasnya adalah untuk menghasut rakyat setiap hari.

Jika beliau berhenti daripada berbuat sedemikian maka beliau tidak melakukan tugasnya dan tidak layak gaji dan elaun MP yang bebas cukai yang diterimanya sebanyak RM26k sebulan.
—-
https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/08/23/statement-press-secretary-visit-prime-minister-najib-abdul-razak

Tuduhan liar terbaru Rafizi: https://www.malaysiakini.com/news/394933

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 12 September 2017

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.