Donald Trump Berang Kekejaman Myanmar Selepas Dengar Penjelasan Isu Rohingya

Isu kekejaman kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya turut dibincangkan dalam pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Donald Trump di White House, semalam.

Menurut laporan The New York Times (NYT), perbincangan diadakan secara tertutup dan Presiden Amerika Syarikat ke-45 itu menyatakan rasa marah terhadap tindakan dikenakan terhadap etnik Rohingya.

“Disebalik pintu tertutup, perdana menteri menggesa Amerika Syarikat untuk mengenakan tekanan terhadap Myanmar – termasuk ketua de faco yang dipilih kerajaan (Myanmar), Dau Aung Sang Suu Kyi – untuk menghentikan pendakwaan sistematik populasi Muslim minoriti, Rohingya.

“Trump, menurut pegawai pentadbiran kanannya, menyatakan rasa marah terhadap tindakan kekejaman tentera dan berbincang kaedah untuk menekan pihak berkuasa Myanmar. Tiada rancangan terkini oleh Trump untuk memanggil Aung San Suu Kyi kata pegawai berkenaan, tetapi tidak menolak kemungkinan akan membuat perbincangan masa hadapan,” lapor NYT.

Laporan oleh NYT sekaligus menolak kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Najib tidak berbincang isu Rohingya seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Kata Rafizi, pertemuan Najib bersama Trump adalah perjumpaan ‘membayar ufti’ bagi mendapatkan masa 30 minit untuk bergambar bersama Presiden Amerik Syarikat itu dengan menggadaikan aset negara.

Bagi penganalisis politik/blogger, Lim Sian See (LSS), beliau mempersoalkan bagaimana Rafizi mengetahui Najib tidak berbincang mengenai isu Rohingya sedangkan Naib Presiden PKR itu tidak turut serta di White House.

“Saya tertanya-tanya bagaimana dia tahu kerana terdapat dua mesyuarat – mesyuarat antara Najib dan Trump dan mesyuarat antara Trump bersama pasukannya serta Najib dan pasukannya.

Mungkin sotong (Rafizi) intip White House dan lebih tahu daripada apa yang NY Times tahu mengenai apa sebenarnya yang dibincangkan,” ujar LSS.

Najib ke White House semalam diatas jemputan rasmi Trump dan komited untuk membantu dalam usaha memulihkan ekonomi Amerika Syarikat.

Selain memeterai perjanjian pembelian 33 enjin Boeing untuk kegunan Malaysia Airlines (MAS), Malaysia juga menyatakan minat untuk melabur wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Khazanah Nasional Berhad di Amerika Syarikat.

Peranan Malaysia untuk memerangi militan sepertimana dinyatakan oleh Najib juga disambut baik oleh Trump. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.