Warga Emas Maut Selepas Kemalangan Motor & Jatuh Dari Pengusung Ambulans

PETALING JAYA, — Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang dialami seorang warga emas dari Negeri Sembilan sebelum meninggal dunia.

 

Yu Yew Kuan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal di Jalan Besar Kim Loong, Jelebu pada 6 Ogos lalu.

 

Lelaki berusia 62 tahun itu yang bertembung dengan motosikal lain tidak sedarkan diri, selain mengalami retak kaki dan tangan kanan.

 

Beliau terlantar lebih 15 minit di bawah panas terik matahari sebelum orang ramai yang datang membantu memberikannya payung.

 

Ambulans dari Hospital Jelebu datang ke tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian. Namun ketika kakitangan ingin menggunakan pengusung untuk Yu, satu rodanya tersangkut.

 

Kakitangan ambulans kemudian menggunakan pengusung tangan untuk mengangkat Yu sebelum memasukkan pengusung itu dalam kenderaan tersebut.

 

Malangnya, ketika Yu hendak dibawa keluar dari ambulans ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, roda pengusung tersangkut lagi, lalu Yu terjatuh tersembam kerana tidak diikat ketat.

 

Muka dan kepala warga emas itu berdarah banyak, kata anaknya May Yu Chan Tien. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.