Lelaki Patah Kaki Ditendang Lembu Korban

SEREMBAN – Seorang penyelenggara pendingin hawa patah kaki kanan akibat ditendang lembu yang agresif ketika mahu menyembelih haiwan itu untuk dikorbankan di Surau Al-Azim, Taman Senangin di sini, pagi semalam.

 

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Rosli Sabran, 40, bersama jemaah lain melaksanakan ibadah korban selepas solat sunat Aidiladha.

 

Pengerusi surau Hirzan Bazli berkata, pihaknya menyembelih tiga lembu pada Aidiladha semalam dan kejadian itu berlaku ketika mahu menyembelih lembu terakhir.

 

“Lembu berkenaan agak liar dan agresif hingga menyukarkan proses penyembelihan. Pada masa sama, hujan lebat serta tanah lembap menyebabkan mangsa tergelincir dan terjatuh.

 

“Mangsa kemudian ditendang lembu berkenaan menyebabkan kaki kanannya patah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.