DAP Punca PAS Berpecah, Bentuk PAN, Kata Bekas Bendahari Agung PKR

KUALA LUMPUR – Perpecahan parti PAS kepada dua bahagian sehingga terbentuknya Parti Amanah Negara (PAN) merupakan agenda DAP memastikan serpihan parti Islam itu mengikut prinsip perjuangan parti DAP yang tidak pernah dipersetujui PAS.

 

Bekas Bendahari Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sewaktu pembentukan Pakatan Rakyat, DAP dan PAS mempunyai prinsip berbeza lantas memaksa DAP memecahbelahkan PAS sebagai jalan keluar kepada masalah tersebut.

 

“Jadi nampaknya sekarang untuk selesaikan perkara ini, pihak DAP cuba memecahkan PAS dgn cara membahagi dua, satu kumpulan yang dipanggil PAN dan juga PAS.

 

“Jadi perpecahan ini akan berterusan kerana PAS tidak terima mereka yang mungkir janji, Bai’ah adalah satu janji dunia dan akhirat, jadi agak susah nak dilupakan,” katanya

 

Ujarnya, PAS bercita-cita untuk mentadbir negara mengikut prinsip syariah Islam tetapi ditentang oleh DAP.

 

“Jadi kalau nak diubah memang susah,” kata bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.

 

Pada awal pembentukan Pakatan Rakyat kata Khalid, DAP dan PAS sukar untuk duduk semeja memaksa PKR bertindak sebagai orang tengah dengan mengadakan dua mesyuarat berbeza untuk mencapai kata sepakat antara ketiga-tiga parti.

 

Tambahnya, situasi yang berpanjangan sehingga kini menjadikan usaha untuk menyatupadukan semua parti pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) semakin sukar.

 

“Satu perkara dan pengalaman yang jelas semasa saya menjadi setiausaha agung Keadilan (PKR), pada tahun 2007 bulan Disember, kita masa tu memikirkan tentang PRU (Pilihan Raya Umum) 2008. Jadi saya kena gabungkan PAS, PKR dan DAP.

 

“Pada bulan Disember 2007, untuk buat perbincangan antara DAP dgn PAS, saya terpaksa ada dua meeting (mesyuarat), apabila saya jumpa PAS mereka nak duduk sama dia, bila saya jumpa DAP mereka nak duduk sama dia, jadi saya jadi orang tengah, mereka tidak mahu duduk semeja, minum teh pun tak mahu, itu 2008.

 

“Itu sebab walaupun kita minta tolong ada pertandingan satu lawan satu, tapi pengalaman saya hanya apabila kita menang pada 2008 baru lah mereka nak duduk bersama, jadi maknanya ia bukan mudah,”  ujarnya lagi. – Malaysian Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.