Telefon Ibu Ada Pada Lelaki Arab, Kata Waris

AMPANG – Keluarga Zainun Taha, 69 salah seorang daripada lapan jemaah Haji yang masih belum dikesan berharap Tabung Haji menghubungi telefon mangsa yang kini dipegang oleh seorang lelaki Arab.

 

Anak mangsa, Noor Farehah Abu Bakar,35 berkata, dia menghubungi telefon bimbit ibunya yang kemudiannya dijawab seorang lelaki Arab berkenaan yang tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris.

 

“No English! Itu yang dijawab lelaki Arab berkenaan selepas hampir tiga kali saya menghubunginya. Kemudian saya meminta rakan yang fasih berbahasa Arab untuk menghubunginya namun tidak dijawab.

 

“Saya dapat dengar keadaan di sana bising macam di hospital, tapi masalah komunikasi menyebabkan saya tak tahu situasi menimpa ibu saya di sana,” katanya di rumahnya di Bukit Antarabangsa ketika menerima kunjungan daripada wakil Tabung Haji, pagi ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.