Sertai PKR Bukti KJ Tak Yakin Dengan Amanah – PAS Selangor

Shah Alam – Tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang mengumumkan untuk menyertai PKR dan bukan Parti Amanah Negara (Amanah) seperti yang dijangka pelbagai pihak jelas membuktikannya yang tidak yakin akan parti baharu itu.

 

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Shafie Ngah berkata penyertaan Kamaruddin yang sinonim dengan panggilan KJ ke dalam parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu juga mengejutkan pimpinan tertinggi parti Islam berkenaan.

 

“Tapi mereka tak masuk (parti baru), sebaliknya mereka sertai PKR. Ia menunjukkan mereka tidak percaya dan yakin kepada Harapan Baru (Amanah),” katanya.

 

Jumaat lalu, Kamaruddin mengumumkan untuk menyertai PKR sekaligus keahliannya di dalam PAS terbatal secara automatik.

 

Turut sama menyertai PKR bersama Kamaruddin adalah mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

 

Bagaimanapun ujar Shafie, penyertaan Muhammad itu tidak memberi sebarang kesan kerana bekas ahli PAS itu tidak memegang apa-apa jawatan sama ada di peringkat DUN mahupun parlimen.

 

“Berbeza dengan Kamaruddin yang diberi amanah untuk jaga parlimen atas tiket PAS, dia patut bersama dengan parti. Tindakan mereka yang keluar dari PAS setelah membuat bai’ah memang mengkhianati parti. Bai’ah yang ikat ahl parlimen dan ADUN PAS,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.