TAIPEI – Seorang wanita menikam suaminya sehingga maut kerana berlaku curang sebelum bertindak membunuh diri.

 

Kejadian itu disedari apabila polis menerima aduan daripada jiran yang mendakwa pasangan itu tidak kelihatan sejak beberapa hari.
Terdahulu, polis yang menjumpai mayat seorang lelaki berusia 56 tahun di katil dengan beberapa kesan tikaman di badannya sementara mayat seorang wanita

dijumpai di dalam tandas.
Hasil siasatan, wanita tersebut dipercayai membunuh diri dengan menghidu racun.
Polis turut menemui sekeping nota yang ditinggalkan wanita tersebut.
Menerusi tulisan pada nota itu, wanita tersebut kecewa dengan perbuatan suaminya yang berlaku curang dengan seorang wanita sehingga mengandungkan anak

suaminya.
Difahamkan, wanita tersebut tidak dapat hidup keseorangan selepas menikam suaminya, kemudian bertindak membunuh diri.- SuaraTV