Hadi Awang Nafi Ada Pertemuan Semalam

Tumpat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan hadir dalam sebarang pertemuan seperti yanh didakwa oleh Ketua Angkatan Muda Keadialan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad. Hadi yang ditemui sejurus selepas menyampaikan ceramah pilihanraya di Unit Peti Undi (UPU) SK Simpangan.

“Saya baru balik dari Jakarta dan masih tak sempat baca surat khabar.

“Tiada sebarang perjumpaan,” ujarnya sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan, Nik Nazmi mendakwa bahawa  pertemuan tersebut merupakan antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang dipersetujui dalam usaha menyelesaikan masalah berikutan isu Menteri Besar Selangor.

“Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan tersebut.

Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan dan berad di luar daripada kerangka keputusan kerana PKR telah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

Ia juga bertentangan dengan sokongan majoriti DUN Selangor untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

“Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima DYMM Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah ADUN bebas tidak berparti,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selepas ini Pemuda PR akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini menuntut pimpinan tertinggi mereka supaya menyelesaikan segera kemelut jawatan Menteri Besar Selangor bagi mengelak rakyat daripada terus hilang kepercayaan kepada gabungan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.