Tengku Arif Bendahara Pahang Mangkat

KUALA LUMPUR – Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar, adinda kepada Sultan Pahang, mangkat di Hospital Gleneagles, di ibu negara pagi Isnin akibat sakit barah.

Adinda kepada Tengku Abdullah, Datuk Seri Sulaiman Sultan Abu Bakar berkata, Almarhum Tengku Arif Bendahara, 78 tahun meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi Isnin.

“Almarhum dibawa pulang ke Pekan untuk disemadikan di Makam Diraja Pekan petang ini,” menurutnya, memetik laporan Bernama hari ini.

Almarhum Tengku Arif Bendahara merupakan bapa mertua kepada mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Almarhum meninggalkan seorang isteri Puan Sri Habibah Yusof dan tiga anak iaitu Tengku Marsilla, Tengku Bakar dan Tengku Shaheera. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.