Tunku Aminah Bina Mahligai, Mahu Tinggalkan Kehidupan Istana

JOHOR BAHRU – Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal meninggalkan kehidupan di istana dan merancang membina mahligai bersama pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah selepas berkahwin nanti.

Memetik Kosmo, Tunku Tun Aminah, 31, berkata, perkara itu akan menjadi satu pengalaman baharu bagi dirinya dalam mengharungi kehidupan bersama bakal suami, Dennis Muhammad, 28, yang merupakan seorang warga Belanda.

“Kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

“Ini adalah pertama kali saya akan tinggal sendiri dan jauh daripada ayahanda, bonda serta ahli keluarga yang lain,” katanya kepada Pusat Media Diraja Johor di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Dennis Muhammad yang memeluk Islam sebelum mengenali Tunku Tun Aminah berkata, beliau berasa terharu apabila diterima menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja Johor itu.

“Tunku Tun Aminah merupakan seorang insan yang amat istimewa buat saya. Beliau seorang yang menarik namun pada masa yang sama, seorang yang tegas dan mempunyai nilai kekeluargaan yang kukuh.

“Beliau juga amat rapat dengan keluarganya seperti saya dengan keluarga di Belanda,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.