Seramai 1100 Jemaah Program Haji 1MDB Selamat Tiba Di Makkah

Seramai 1100 jemaah Haji Program Haji YAB Perdana Menteri telah selamat tiba di Makkah untuk mengerjakan Haji dengan 4 penerbangan . Ramai jemaah haji program Khas Haji Perdana Menteri melahirkan rasa kesyukuran dan berasa bertuah menjejaki kaki ke tanah suci Mekah .

Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menghantar seramai 1,100 orang bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.

Kejayaan program ini merupakan bukti komitmen Perdana Menteri dalam memperkasakan syiar Islam di negara ini . Disamping itu ia juga keprihatinan PM membantu rakyat Malaysia mencapai impian mereka untuk menunaikan Haji.

Rata-rata jemaah Haji berharap program ini akan dapat diteruskan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan .

Kemudahan penginapan di Maktab amat selesa dan kecekapan Tabung Haji menguruskan jemaah Haji amat dipuji dan ia terbaik di dunia

Ezaruddin Abd Rahman
Ketua Urusetia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.