Rani Kulup Mahu Lamar Azalina Pula

KUALA LUMPUR – Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kini ‘mengintai’ peluang untuk melamar Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon isterinya selepas ‘lamarannya’ ditolak Datuk Vida dan Siti Kasim.

Dalam satu wawancara bersama Astro Ria, ketika ditanya berkenaan calon isteri ketiganya setelah lamaran sebelum ini ditolak oleh Vida dan Siti Kassim, secara berseloroh beliau menyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang belum berkahwin itu sebagai calon.

“Azalina Othman, orang yang bagi tahu (suruh), saya mana tahu,” jawabnya, seperti memetik MG.

Terdahulu, Rani Kulup yang terkenal dengan jolokan nama Raja Repot itu melamar aktivis Orang Asal, Siti Zabedah Kasim dan Usahawan Selebriti, Datuk Seri Vida.

Menurutnya, ditanya berhubung ciri-ciri wanita pilihannya, Rani Kulup berkata dia tidak kisah bagaimana, asalkan ia mestilah seorang perempuan.

Bagaimanapun, tujuan utama beliau hanya mahu memberi sedikit ‘kegembiraan’ kepada rakyat Malaysia melalui lamaran jenakanya berikutan tekanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia berhubung situasi politik semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!