PM Libya Letak Jawatan

Tripoli (Libya) – Perdana Menteri Libya Abdullah al-Thani, mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu wawancara televisyen secara langsung, kelmarin.

 

Al-Thani bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut mengapa beliau mengambil keputusan berkenaan.

 

“Jika peletakan jawatan saya adalah jalan penyelesaian, maka saya mengumumkan di sini”, “kata al-Thani dalam rancangan bual bicara itu, Pada Selasa, pihak pembangkang Libya memulakan pusingan baharu rundingan damai yang ditaja PBB di Geneva lapor dpa.

 

Rundingan itu bertujuan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, dengan wakil-wakil Tripoli menyertai rundingan selepas memboikotnya bulan lepas.

 

Libya, yang mengalami huru-hara selepas kejatuhan Moamer Gaddafi pada tahun 2011, kini mempunyai dua parlimen bersaing untuk merebut kuasa dan beberapa kumpulan militia bertarung untuk menguasai kekayaan sumber yang luas di negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!