Pembalakan Hutan Simpan Langgar Hasrat Nik Aziz, Kata Husam Musa

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini membangkitkan pelbagai perkara berkaitan kontroversi pembalakan Kelantan.

 

Bekas exco kanan kerajaan negeri itu antaranya membangkitkan dakwaan berlaku penebangan di luar kawasan serta berlaku perubahan sempadan daripada pelan kelulusan asal.

 

Beliau juga membangkitkan risiko rancangan asal yang menjadi hasrat bekas menteri besar Kelantan allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu kawasan Hutan Simpan Ulu sat dikekalkan.

 

“Ini mungkin merosakkan pelan asal untuk menempatkan RnR (kawasan rehat dan rawat) berkenaan dalam teduhan pokok-pokok besar yang asal untuk tujuan rekreasi pengunjung.

 

“Saya pohon penjelasan adakah ini benar berlaku?

 

“Adakah tebangan habis akan dilakukan dan mengapa ia dilakukan? Mengapa cadangan asal atas hasrat Tok Guru (Nik Aziz) diubah?,” katanya. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.