NGO Gesa Najib Henti Bantu Yayasan Tun M

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menghentikan peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) kerana didakwanya dijadikan platform oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan kerajaan.

 

Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, langkah itu perlu dibuat kerana Dr Mahathir menyalahgunakan PLF untuk menyerang Najib dan kerajaan.

 

“Kami nampak dia (Dr Mahathir) telah terkeluar dari landasan. Dia guna Yayasan kepimpinan Perdana untuk platform bercakap dalam dan luar negara ini dibiayai penuh oleh kerajaan Malaysia, iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi duit kepada yayasan itu untuk dia bercakap.

 

“Jadi tidak wajar dia menggunakan duit kerajaan dan menghentam semula kerajaan. Ini tidak boleh.

 

“Saya minta Perdana Menteri menarik balik dan membatalkan semua peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya pada Rabu.

 

Katanya, Dr Mahathir sepatutnya menggunakan PLF untuk tujuan baik dengan berkongsi pemikiran dengan generasi muda bagi meningkatkan lagi pembangunan negara. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.