Mural Muhyiddin Di Kluang

Kuala Lumpur – Sekumpulan anak muda dengan #akubudakkluang menunjukkan sokongan mereka dengan cara tersendiri terhadap mantan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan melukis gambar tokoh berkenaan sebagai mural di tembok pagar batu di Kluang.

 

Gambar yang dimuat naik semula oleh pengguna laman sosial yang menamakan dirinya ‘yumzone_ 1439372390’ di facebook Aku Budak Kluang memaparkan dua lukisan mural, satu dengan tulisan Kluang dan satu lagi wajah Muhyiddin dengan tulisan: “Dari: akubudakkluang. Salute TSMY.”

 

Tidak dapat dipastikan lokasi tepat mural berkenaan dan siapa sebenarnya kumpulan yang melukis mural berkenaan.

 

Namun, di laman Facebook ‘Aku Budak Kluang’ terdapat satu lagi posting gambar yang dimuat naik semula oleh @shahrol_shiro, pelawak dan pelakon komedi Shahrol Azizie Azmi yang memaparkan sekumpulan anak muda bergambar berlatar belakangkan mural wajah Muhyiddin bersama beberapa tin cat sembur.

 

Turut dimuat naik bersama gambar berkenaan adalah kata-kata: “ONLY IN KLUANG!!! #‎repost by @shahrol_shiro. Kami tidak pandai mengungkapkan kata2 yg indah utk menabur sebuah ‘JANJI’..Kami tidak memiliki wang yang banyak utk membeli sebuah ‘PERPADUAN’..Kami tidak memiliki badan segagah badang agar semua tunduk ‘HORMAT’..Tapi kami ada cara tersendiri.. #‎AKUBUDAKKLUANG ‪#‎SaluteTSMY ‪#‎OnlyInKluang ‪#‎MuafakatJohor ‪#‎Success ‪#‎Humble‪#‎Intelligent ‪#‎Respect ‪#‎OrangKampung @akubudakkluang

 

Tidak dapat dipastikan sama ada pelakon komedi berkenaan terlibat dengan kumpulan yang melukis mural berkenaan.

 

Gambar yang dimuat naik oleh ‘yumzone’ menerima lebih 500 like dan dikongsi lebih 23 kali, sementara posting yang dimuat naik oleh @shahrol_shiro pula menerima lebih 400 like dan dikongsi 33 kali.

 

Mural Muhyiddin 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.