Lelaki Buang Sampah Dalam LRT, Mohon Maaf

Kuala Lumpur – Gara-gara sekeping gambar, seorang lelaki menjadi terkenal selepas gambarnya dimuat naik dalam laman sosial Facebook susulan tindakannya membuang sampah di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT).

 

Gambar yang dimuat naik Rabu lalu oleh seorang pemilik akaun yang dikenali Shane Chiam mendapat kritikan hebat selepas lelaki yang dipercayai bekerja sebagai arkitek itu membuang sampah di dalam tren.

 

Bukan sahaja membuang sampah sesuka hati, lelaki berkenaan juga duduk di kerusi yang disediakan khas untuk ibu mengandung, orang tua dan orang kelainan upaya.

 

Lelaki dalam gambar tersebut berusia 39 tahun baru-baru ini tampil memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, Ampang.

 

Dia yang dikenali sebagai Chan WC berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke Kuala Lumpur dan duduk di di kerusi yang di sediakan khas untuk ibu mengandung, orang tua dan orang kurang upaya.

 

Menurutnya, disebabkan kasutnya kotor, dia mengambil tisu dan membersihkan kasut sebelum membuangnya di tepi kerusi.

 

“Saya mengakui kesilapan saya membuang sampah tetapi tidak perlu memuat naik dalam laman sosial kerana ianya adalah memalukan.

 

“Individu yang memuat naik gambar itu tidak melihat keseluruhan cerita kerana saya mengutip sampah sebelum turun ke stesen,” katanya.

 

Chan berkata, menyedari gambarnya tersebar di laman sosial sehari selepas kejadian apabila diberitahu rakannya dan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

 

Menurutnya, penyebaran gambar itu menimbulkan tanggapan negatif kepada dirinya kerana dihina orang ramai terutamanya netizen.

 

Sejak gambar tersebut dimuat naik, sebanyak 7,115 kali dikongsi dan pelbagai komen negatif yang ditulis dalam posting tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!