Lagu Korea Digam Stesen TV Kerana Lirik Kesat, Lucah

Selepas reda kontroversi lagu Bae Bae nyanyian kumpulan terkenal Korea, Big Bang, yang didakwa mengandungi lirik lucah, timbul satu lagi isu panas dan kali ini mengaitkan lagu projek kolaborasi duo GD dan Top, berjudul Zutter.

 

Zutter merupakan lagu yang turut dimuatkan di dalam album keempat BigBang yang berjudul MADE yang dilancarkan sekitar bulan lepas.

 

Selepas lima hari single tersebut dilancarkan, stesen penyiaran KBS (Korean Broadcasting System) mendapati lirik lagu tersebut mengandungi perkataan-perkataan kesat sekaligus berunsurkan seks dan lucah. Justeru lagu tersebut dianggap tidak sesuai untuk penyiaran televisyen.

 

Mengulas mengenai hal isu tersebut wakil daripada syarikat rakaman YG Entertaiment mengeluarkan kenyataan,

 

“Tiada sebarang pengubahsaian akan dibuat terhadap lirik lagu GD&TOP. Itu adalah lagu Hip Hop. Jadi intensitinya sudah ada sejak dari awal. Video muziknya juga sudah diklasifikasikan sebagai ‘Rated R’ (terhad)’, katanya seperti yang dilaporkan Star News.

 

Klip video Zutter yang disiarkan menerusi laman sosial video Youtube sejak 4 Ogos lalu kini mencecah lebih 7 juta tontonan.

 

Sementara itu, BigBang kini sedang sibuk dengan konsert jelajah antarabangsa sekaligus lagu-lagu dalam album kali ini sukses menduduki carta iTunes dan Billboard bukan saja di Korea malah carta muzik di negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

 

BigBang bakal muncul dengan album penuh MADE yang memuatkan empat lagu serta satu lagu baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.