KDNK Malaysia Tumbuh 4.9 Peratus Pada Suku Kedua 2015

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar 4.9 peratus pada suku kedua 2015.

 

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),  Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam sidang akhbar di sini hari ini turut berkata kadar inflasi bagaimanapun meningkat kepada 2.2 peratus pada suku kedua susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), April lalu.

 

Bank Negara juga menjangkakan permintaan domestik akan terus memacu pertumbuhan ekonomi negara.

 

Tambahnya ekonomi global dijangka akan turut menikmati kesan positif akibat harga minyak mentah yang rendah.

 

“Ekonomi dunia tumbuh pada tahap sederhana pada suku kedua. Permintaan domestik terus menyokong pertumbuhan dalam persekitaran eksport yang lemah,” katanya.

 

Pada suku kedua, penggunaan swasta meningkat lebih sederhana pada kadar 6.4 peratus berbanding 8.8 peratus pada suku pertama apabila isi rumah membuat pelarasan perbelanjaan berikutan pelaksanaan GST.

 

Namun Bank Negara menyatakan kesan harga minyak rendah adalah pelbagai, bergantung kepada ekonomi.

 

Sementara itu Zeti turut menyatakan akan kekal memegang jawatan Gabenor Bank Negara sehingga penghujung penggal perkhidmatan beliau iaitu pada April tahun hadapan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.