‘Gengster Sayur’ Dicekup Polis

KUALA LUMPUR – Dua ahli kumpulan ‘gengster sayur’ yang dikesan aktif melakukan peras ugut dan pernah menembak mati beberapa mangsa diberkas polis malam kelmarin.

 

Suspek masing-masing berusia 36 dan 43 tahun dikesan menjalankan kegiatan sebagai penjual sayur selain gemar memeras ugut peniaga sekitar Pasar Borong Selayang.

 

Difahamkan kumpulan ini digeruni peniaga warga asing berikutan mereka memilik pistol seludup dan kerap mengugut mangsa.

 

Dua ahli kumpulan itu bagaimanapun diberkas polis hasil serbuan di rumah mereka di Pusat Bandar Puchong Selangor di sini, malam kelmarin.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, serbuan itu dilakukan susulan maklumat dan hasil soal siasat terhadap rakan suspek berusia 20 tahun yang ditahan polis Khamis lalu di Taman Sri Murni, Gombak. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.