Empat Maut Helikopter Terhempas Di Lagos

Lagos – Sebuah helikopter membawa 12 orang terhempas di sebuah lagun di tengah bandar komersial Lagos, Nigeria, menyebabkan empat terbunuh manakala dua lagi masih hilang.

 

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nigeria NCAA, helikopter pengangkut Sikorsky S-76C yang berkhidmat untuk syarikat cari gali minyak pesisir Bristow Group, terhempas kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan di kawasan Oworonshoki.

 

“Kami melihat helikopter itu berpusing-pusing di udara. Kemudian ia mula menjunam sebelum terhempas di permukaan air dan terbakar,” kata Nkoli Moka, seorang saksi yang melihat kejadian itu ketika beliau sedang memandu di Jambatan Third Mainland.

 

“Empat mayat sudah ditemui. Enam lagi terselamat dan dua lagi masih hilang,” kata jurucakap NCAA, Fan Ndubuoke.

 

Helikopter berkenaan membawa 10 penumpang dan dua kru. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.