ECER Terima Pelaburan RM2.59b Untuk Suku Kedua Tahun Ini

PUTRAJAYA – Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerima lapan pelaburan berjumlah RM2.59 bilion pada suku kedua tahun ini.

 

Pengumuman pelaburan itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Bangunan Perdana Putra di sini, pagi tadi.

 

Ketua Pegawai Operasi ECERDC Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, pelaburan itu mewakili 21.6 peratus jumlah sasaran pelaburan ECER tahun ini.

 

“Ia dianggar mewujudkan 4,832 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat,” katanya.

 

Pada majlis sama, Najib turut menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Swansea dari United Kingdom yang bakal membuka laluan kerjasama antara pihak industri dengan akademia di ECERDC.

 

Selain itu, ECERDC turut bertukar dokumen kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal AbidinTerengganu (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi perlantikan ketiga-tiga universiti berkenaan sebagai penyedia latihan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan ’empower ECER’ di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

 

’empower ECER’ ialah program pembangunan modal insan yang dilaksanakan ECERDC bertujuan memperkukuh dan memperkasa komuniti tempatan di ECER melalui latihan kemahiran akademik dan keusahawanan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.