DAP Bantah Cadangan Laksana Low Yat 2 Untuk Peniaga Bumiputera

Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mencadangkan penubuhan Low Yat 2 yang khusus untuk peniaga alat telekomunikasi berbangsa Melayu dan Bumiputera, dibidas DAP.

 

Dalam status terbaru Facebooknya, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempersoalkan syor berkenaan yang didakwanya sebagai bersifat perkauman.

 

Bahkan kenyataan yang dibuat Ismail itu dikatakan melanggar sumpahnya sebagai menteri untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

 

“Saya mahu bertanya kepada Ismail Sabri, selepas menubuhkan Low Yat 2 untuk Melayu, adakah beliau akan menubuhkan Plaza 3 untuk India, Low Yat 4 untuk Iban, Low Yat 5 untuk KDM (Kadazan, Dusun dan Murut), dan Low Yat 6 untuk Orang Asli?

 

“Saya ingin menasihati Ismail Sabri supaya berhenti menjadi ekstrem dan tidak masuk akal. Sebagai menteri kabinet, beliau sepatutnya mempromosi perpaduan nasional, bukannya pengasingan kaum,” tulis Teresa di laman Facebooknya.

 

Sebelum ini, Ismail Sabri mencadangkan Tingkat Tiga Bangunan MARA di Jalan Raja Laut untuk dijadikan pusat perniagaan alat telekomunikasi dan teknologi khusus untuk peniaga Melayu, dan ia diberi nama Low Yat 2. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!