Berita Hazami Meninggal Dunia, Palsu

Kuala Lumpur – Berita yang mengatakan penyanyi, Hazami meninggal dunia adalah palsu.

 

Perkara itu disahkan oleh wartawan rancangan Melodi terbttan TV3, Zuan Azmi yang mengesahkan berita yang tersebar di media sosial itu adalah palsu dan fitnah.

 

Menurut Zuan, pelantun lagu Sonata Musim Salju itu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah ibunya di Gombak.

 

“Saya baru saja bercakap dengan Abang kandung penyanyi Hazami iaitu @zdykamal yg juga merupakan jurukamera TV3 yg telah mengesahkan bahawa berita ini PALSU & FITNAH️.

 

“Keadaan Hazami kini stabil & sedang berehat di rumah ibunya di Gombak. Tlg repost atau sebarkan kepalsuan berita ini️Tlg jaga sensetiviti tuan punya badan & keluarga Hazami sendiri. Ayuh doakan agar kesihatan Hazami kembali pulih seperti sedia kala. Amin YRA” ujanta melalui status akaun Instagramnya sebentar tadi.

 

Sementara itu pengurus Hazami, Aszuad Zakaria berkata penyanyi itu merasa sangat terganggu dengan penyebaran berita yang dilakukan individu tidak bertanggungjawba itu.

 

Beliau turut menerima panggilan daripada ramai pihak yang ingin mengetahui akan kesahihan berita itu.

 

“Hazami juga telah meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin tersebut dan berharap agar tiada lagi menyebarkan berita berkenaan lagi selepas ini.

 

“Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut” ujar Aszuad seperti yang dilaporkan portal Beautifulnara.

 

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40 Khamis lalu, telah dikejarkan ke hospital setelah dikatakan pengsan akibat menghidap pendarahan dalam usus.

 

Hasil pemeriksaan yang dilakukan di Pusat Perubatan Tropicana Damansara, doktor kemudiannya mengesahkan Hazami mengalami komplikasi pada bahagian usus yang agak serius dan perlu menjalani pembedahan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!